Tuesday, April 5, 2011

hatiku berdebar2

assalamualaikum,
hari ini dan semalam aku mmemulan tugasku sebagai sukarelawan di tadika khalifah bistari.seronok sangat sampai tidak terkata dek kata-kata.pengalaman ini sungguh indah.melihat keletah adik-adik kecil sedang membesar dan belajar tentang erti sebuah kehidupan.baru aku mengerti bagaimana susah payahnya seorang guru mendidik pelajarnya supaya tahu apa tugas seorang muslim di atas muka bumi ini.hati sedikit kesal kerana sering merasa tugas sebagai guru itu perkara sangat rumit dan susah untuk diitangani.tapi itu semua hanya telahan awal sahaja.sebenar tugas seorang guru ini sangat mulia dan tinggi di sisi allah.jika tidak ada guru di dunia ini,maka tidak adalah angkasawan yang berjaya sampai ke bulan.maka tidak adalah arkitek yang mahir dalam bina bangunandan tidak ada seorang doktor yang mampu merawat penyakit yang ada di dunia ini.penawar datang daripada allah tapi manusia yang perlu mencarinya.hatiku sering berkata usaha tangga kejayaan .dan sekarang buktinye telah ada.aku berjaya juga mendapat result yang baik dalam spm.sekarang aku akan berusaha utuk lulus ujian jpj buat kali ketiga.walaupun dua kali aku gagal.aku berkata pada diriku itu hanya ujian sahaja.aku mampu ,boleh lakukan nya nanti,insya-allah.takbir.allahuakbar.ya allah ,hambamu ini mengharapkan kejayaan dalam ujian jpj dunia dan akhirat.rabbi yasir wala tuasir.permudahkanlah ya allah.ammeeeeeennnnnnnnnn.

0 comments:

Post a Comment